Ciri-ciri stesen Stesen MRT Serdang Jaya

Perkhidmatan

Stesen MRT Serdang Jaya menyediakan perkhidmatan Laluan Putrajaya (PYL), dan terletak di antara stesen Serdang Raya Selatan dan UPM. Kod stesen yang rasmi bagi stesen ini ialah PY33.

Lokasi

Stesen ini terletak di Jalan Raya Satu, di kawasan pentadbiran Pekan Serdang, iaitu sebuah pekan dalam Mukim Petaling, di Daerah Petaling, Selangor. Stesen MRT Serdang Jaya bakal menyediakan kemudahan bagi penduduk di sekitarnya seperti Taman Serdang Jaya, Taman Kembang Sari, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, Taman Jinma dan beberapa seksyen kawasan perkampunngan baru Cina, Kampung Baru Seri Kembangan iaitu Kampung Baru Seri Kembangan 11 dan Kampung Baru Seri Kembangan 12. Mercu tanda berhampiran dengan stesen ini dalam lingkungan 100 meter ialah Balai Polis Seri Kembangan, Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan, Pangsapuri PKNS, Surau Al-Firdaus Kampung Seri Kembangan 11, Stadium MPSJ Seri Kembangan, Surau Al-Yaqeen Pangsapuri PKNS, Dataran Mutiara, Mutiara Residence @ Serdang, Balai Masyarakat MBSJ Taman Serdang Jaya, dan Kolam Takungan Banjir Sri Serdang.[13]

Infrastruktur

Berdasarkan Peta Transit Berintergerasi Lembah Klang yang diterbitkan oleh Rapid KL, Stesen MRT Serdang Jaya tidak dilengkapi dengan kemudahan kawasan meletakkan kenderaan berbayar aras jalan.[2] Stesen MRT Serdang Jaya dilengkapi dengan kemudahan bagi orang kurang upaya (OKU) seperti tanjakan yang landai, blok sentuh di permukaan lantai sekitar stesen, tandas mesra pengguna OKU, butang lif yang rendah untuk pengguna kerusi roda, tulisan braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda. Selain itu, kemudahan tandas awam, surau lelaki dan perempuan, pusat perkhidmatan pelanggan, eskalator, tangga turut disediakan bagi memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna. Untuk pembelian tiket, pengguna boleh membelinya melalui mesin tiket layan diri di aras legar stesen.[13]

Pintu stesen

PintuLokasiDestinasi berdekatanGambar
AJalan Raya 1
Hentian sebelah untuk bas, teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Balai Polis Seri Kembangan, Balai Bomba dan Penyelamat dan Penyelamat Seri Kembanga, Pangsapuri PKNS, Surau Al-Yaqeen Pangsapuri PKNS, Kawasan Perindustrian Seri KembanganN/A
BJalan Raya 1
Hentian sebelah teksi, perkhidmatan e-panggilan, kenderaan peribadi serta pengguna OKU. Taman Kembang Sari, Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Serdang Jaya, Balai Masyarakat Taman Serdang Jaya, Mutiara Residence @ Serdang, Dataran MutiaraN/A

Buat masa sekarang, stesen MRT Serdang Jaya mempunyai dua pintu masuk dan keluar sahaja.[1][13]

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Serdang Jaya //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news_pemerkasa.... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://drive.google.com/file/d/1vsH8Gp-h6jbdNKoTm... https://www.youtube.com/watch?v=Uj30FLJbKrI https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/849659/... https://www.mymrt.com.my/business/tender/awarded-c... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-putrajaya/... https://myrapid.com.my/wp-content/uploads/2021/07/...